Blog ini tentang minat teman

Friday, July 12, 2019

Posted by Nabil Fikri July 12, 2019



Tarikh keramat 12 Jun 2019. Pagi tu aku bangun lebih awal dari biasa. Jam 4.47 pagi. Aku kemas rumah bersih-bersih just in case ade memember yang nak singgah untuk tukar-tukar baju untuk ke kenduri kakak lepas program atv tu. Lepas tu aku goreng nugget untuk buat kudap-kudap kat pitstop air terjun nanti. Lepas tu aku bersiap pakai baju Bikers Kental & jeans then off to tempat berkumpul i.e. Medan Selera Batang Kali.
 
 
 
Sampai ke Medan Selera Batang Kali dalam pukul 9.30 pagi, kami semua berkonvoi menuju ke Huda's Haven. Asalnya nak repeat atv ride ke Kemensah. Tapi ada sorang member rekemen tempat paling dekat dengan kitorang, Huda's Haven, Ulu Rening di Batang Kali. Perjalanan ke resort tu lebih kurang 15 minit melalui jalan yang berbukit-bukau dan bertanah merah. Dalam fikiran masing-masing masih belum dapat nak bayangkan ape yang menanti kami. Susah ke...senang ke...no clue. Sampai je kat Huda's Haven tu, ayat pertama keluar "Whoaaaaaa".. cantik dan mendamaikan resort ni. Sesuai untuk percutian peribadi bersama keluarga. Dikelilingi pokok2, bukit-bukau & tasik2 buatan manusia pastinya menenangkan fikiran.
  
 
Pada hari itu, En. Nazri dan kengkawan telah dilantik untuk guide kami sepanjang perjalanan. Setelah selesai sesi penerangan, kami memulakan ekspedisi atv kami dan bergerak secara berbaris. Nervous. Tak semudah yang aku pernah lalui sebelum ni kat Kemensah. Track berliku-liku, berbonggol2 dan berbukit-bukau. Cabaran paling getir adalah untuk mengawal atv disebabkan handle yang agak berat dan sukar untuk dikawal. Ada sorang membe beberapa kali terbabas dilereng jalan membuatkan kami yang lain-lain naik cuak. Masetu, bibir tak henti-henti beristighfar,berzikir dan berdoa supaya tiada malapetaka yang terjadi. Punyelah takut.
 
Dalam kami fokus dengan pemanduan masing-masing,sedar-sedar kami dah terpisah jauh antara satu sama lain. Aku cuba untuk kejar atv depan tapi aku perlahankan atv lepas hampir-hampir terbabas ke gaung. Huhuhu. Mujur aku perlahankan sikit atv dan cuba alihkan handle tu balik ke track yang sepatutnye. Aku teruskan perjalanan. Dari jauh aku nampak ada pokok bergoyang di depan. Ah! Sudah! Janganlah seperti ape yg aku terlintas kat kepala aku ni.Aku perlahankan sket atv. Tiba-tiba terdengar sayup2 suara orang menjerit tepi gaung. Ah! Sudah!!! Aku cepat-cepat berentikan ATV & tinjau kat gaung. "Orang jatoh!! Tolonggg!!" Aku tak ingat plak cane aku jerit masetu tapi lebih kurang macam tulah. Aku tak berani nak turun selamatkan member tu. Takut buat keadaan makin teruk. Mane tau aku tergelincir himpap plak member tu tak ke naya. So aku jerit kuat2 & tunggu pengiring yang bertugas.
 
Abang pengiring tu pun dengan kelam-kabut turun ke bawah tengok membe aku tu. 14 meter dalam ade. ATV jatuh lagi dalam. Mujur member aku ni lepas atv tu and berpaut kuat kat pokok2 lereng bukit tu. Kalau tak makin jauh die jatuh. Tapi member kene himpap gak lah dengan atv tu kat bahagian perut. Abang tu angkat mek tu naik atas pastu bagi mek tu rehat, baring & bertenang. Senak perut katenye kena atv. Dalam pikiran, kena balik ni. Takkan nak teruskan pulak member dah injured. Tapi bile abang tu tanye kat mek tu, "Nak teruskan ke?" Mek tu dengan kental dan pucat lesi serta tangan menggigil menjawab "Boleh teruskan. Ok. Boleh ni". Koo memang kental.. kalau aku tu, aku dah menangis nak balik kot.
 
Memandangkan atv tinggal 9 bijik je, maka mek tu pun kongsi atv dengan member lain. Masing-masing muka dah cuak. Takut nak teruskan. Tapi alang-alang dah pakai baju Bikers Kental, malulah nak hentikan perjalanan. Dengan semangat kental, kami harungi jugak halangan-halangan satu per satu sampai satu tahap "Eh tak habis2 lagi ke nak kena turun naik bukit ni? Tangan dah lenguh dah ni!!". Ada satu track turun bukit tu siap ade selekoh. Berpasir pulak tu. Silap teknik maunye tergolek/terbabas/terjongket/terjatuh gaung dan ter2 lain yang tak membina semangat nak disebut. Siap roda tergelincir lagi. Tapi masing-masing buat-buat kentaaal (sgt).
 
Sampai satu tempat, En. Nazri suruh berenti parking. Waahhh dah sampai air terjun ni!! Eh tapi mane air terjunnye? Kat Kemensah dulu parking tepi air terjun je. Ni parking atas bukit ni tak nampak pulak air terjunnye. Lepastu En. Nazri suruh kami berjalan sampailah satu lereng bukit tu die suruh kitorang daki turun. Mak aih. Pakej dengan hiking rupenye. Maka kami pun gigih turun bukit yang lembap dan licin tu. Dinding berlumut siap ada mata air merembes kat lumut tu. Memang cantik dan heaven. Turun punye turun, punye turun, tak nampak-nampak jugak air terjun. Sampailah satu tahap malas nak tanye lagi soalan "Eh mana air terjunnye?" barulah kami tiba kat Lubuk Tupai..
 
Pemandangan kat Lubuk Tupai tu MasyaAllah... MasyaAllah... MasyaAllah.. Canteeekkkk. Superb. Pergghhhh. Macam kat Jurrasic Park! Tapi mampu telan liur aje sebab tak bawak baju extra. Ko bayangkanlah..Haritu die kate nak pergi lubuk tu cuma amik mase  30 minit je. Tapi kami ni 1 1/2 jam baru sampai. Punyelah lapar.. Punyelah haus.. Punyelah penat.. Tapi cume mampu minum air kotak laici dengan makan roti & nugget yg aku tapau. Telan liur gak tengok member2 laki yang berenang macam ikan emas dalam lubuk tu. Airnye hijau.. nyaman.. sejuk mata memandang. Dapat pandang jelah.  
 
Lepas sejam posing-posing, rendam-rendam kaki En. Nazri panggil balik. Maka mendakilah kami bukit yang penuh lumut. Asalnye rasa segar lepas berendam dalam sungai, sampai-sampai atas rase lesu balik. Lapar jangan cakaplah. Padan muke masing-masing tak well-prepared. Hahaha! So, semua standby kat atv masing-masing. Ingatkan nak balik tu lalu lah kat track yang ringan-ringan sikit, yang santai-santai, yang dekat sikit. Rupenye taakkkk.. Lalu balik kat track yang tadi tu. Argghhhhh!! Mencabar stamina dan kesabaran sungguh! Takpe.. Kena tunjuk kental...
 
Perjalan balik tu berlakulah lagi adegan-adegan cemas cth:
 
1. Slide dengan lajunye bile turun dari bukit.
2. Motor En. Nazri jatuh, tapi die gigih nak selamatkan motornye walau ade atv yang laju turun dari bukit meluru kat arah die. Kuasa Allah, member tu cuak-cuak masih mampu break dengan gigih. Merah tangan dia. Aku macam biasa, jadi tukang jerit.
3. Kusangkakan cerah sepanjang hari, rupenye hujan dipertengahan jalan. Masatu rasa kesal yang amat sebab tak berendam sungguh2 kat air terjun tadi. Sedih. Lepas hujan tu jalan makin licin.
 
Setibanya di base camp semua pun menjerit "Yeah!! Wihuuu!! Wargghhhhh!! Arrgghhhhh!!" sebagai tanda kesyukuran. Rasa lega yang amat dapat mengakhiri ekspedisi atv. Perjalanan yang dimaklumkan mengambil masa hanya 1 1/2 jam, terlajak ke 4 jam! Lain kali cakap terus terang boleh tak yang perjalanan sangat mencabar, ambik masa 4 jam!! Boleh lah kami ready physical & mental cukup-cukup!
  
 
Dipendekkan cerita, masing-masing datang kerja mengengkang. Turun naik tangga dengan slow motion. Lembah-lembut gemalai je haritu aku tengok. Masing-masing sakit-sakit badan. Ambik. Nak extreme sport sangat kan. Hahahah! Aku pulak bernasib baik otot-otot tak berapa nak kejang sebab seminggu sebelum tu aku dah kejangkan otot naik basikal kat Taman Layang-Layang. Alhamdulillah. Muscle pain tak berapa sangat.
 
So nak test korang kental atau tak or nak sewa bilik kat situ utk tenang-tenangkan fikiran, boleh booking kat:
 
Huda's Haven
Ulu Rening, Batang Kali
No. Tel.: 014-2238354 (Pn. Syafiqah)
 
Tapi pastikan korang ingat tips-tips ni:
  1. Bawak baju extra untuk berendam dalam Lubuk Tupai. WAJIB!!
  2. Makan cukup-cukup sebelum memulakan perjalanan
  3. Bawak bekalan makanan dan minuman yang mencukupi
  4. For those yang kurang bersenam, pastikan prepare physical dengan bersenam/jogging/cycling seminggu sebelum aktiviti untuk elakkan muscle pain yang dasyat lepas aktiviti atv ride.
Posted by Nabil Fikri July 12, 2019

Posted by Nabil Fikri July 12, 2019




Bab keta ni saya memang buta huruf. Kalau nak kira level, macam level budak baru nak belajar abc. Memang buta tahap gaban angkasa lepas.

Dipendekkan cerita, saya beli keta Preve tahun 2014. 

Jadi Tuan Puan, saya memang tak minat bab keta. Keta ni sekadar kasut jer bagi saya. Minat saya terhadap busur, kambing, pokok pokok mengalahkan minat saya dalam bab keta. Bila orang cite bab keta, saya memang kunci mulut. Langsung tak boleh menyamput. Bila orang tayang keta baru, saya langsung tak de selera. (Maaflah yer kawan2 yang memang anggap keta sebagai bini no.2 yer. Jangan kecik hati dengan post saya ni).

Setelah 5 tahun keta Preve berkhidmat untuk saya dengan jayanya. Dari Perlis hingga ke Johor. Ulang alik Kuanta to KL tembus Perak. Dari Perak rentas Kedah ke Langkawi. KM belum capai 200,000 km. 

Kenapa saya beli keta tu? Saya beli sebab masa tu anak nak baru lahir. Kalau bukan sebab tu, memang saya tak nak beli. Dari tahun 2009, saya bersyukur sebab ada motosikal untuk ualng alik kerja.  Bila nak decide nak beli keta apa, saya pilih Preve, sebab ia sporty. Boleh muat sampai 6 orang kalau kanak kanak. Kalau dewasa, boleh muat 5 orang. Lebih kepada keta keluarga. Anak 4 bini 1 masih boleh budak2 tu buat aksi akrobatik dalam keta.

Ermm...keta baru? Tunggulah. Nanti aku dapat beli rummah atau tanah dalam 10-20 ekar baru aku fikir nak tukar ke tak! Banyak lagi komitmen lain.

Moral yang saya nak sampaikan 1 jer Tuan Puan.
Tentukan PRIORITY anda sebelum buat keputusan nak beli keta.

Biarkan kita tak bergaya.
Biarkan kita pakai keta biasa asal kita tak pening bulan2 sampai 9 tahun.
Biarkan apa orang kata, sebab bukan depa yang tolong bayar ccm kita.
Biarlah. Biarlah semua itu. Banyak lagi hal kita kena fikir Tuan Puan!!!
Posted by Nabil Fikri July 12, 2019

Posted by Nabil Fikri July 12, 2019



Untuk kalian rintangan akan kuhadapi
​​​​​Semangatku keluarga kecilku.
Tak pernah kumerasa kebahagiaan ini sebelumnya
Kebahagiaan yang selalu ku rasa, saat melihat dan mengingatmu Wahai penyemangat ku
Lelah yang kurasa saat mencoba mempekerjakan otak dan tenaga ini hanya ingin membuat keluargaku bahagia,
seketika hilang saat mengingat kalian wahai penyemangat hidupku
Kalian selalu ada dalam ingatanku
Kalian selalu ada dalam hatiku
Kalian yang membuat aku kuat
Walau berjuta cubaan mendatang
Tuhan telah menitip kebahagian ini dengan adanya kalian dalam hidupku​​​​​​ akan ku jaga sekuat dan semampu ku untuk kalian wahai keluarga kecilku
Gelak tawa kalian bagaikan sebuah ramuan untuku agar aku selalu merasa menjadi imam yang hebat dan kuat
Maafkan aku bila aku belum menjadi dapat menjadi yang kalian harapkan
Aku akan selalu berusaha menjadi apa yang pastinya kalian inginkan
Aku akan selalu berusaha untuk membahagiakan kalian wahai mutiaraku
Aku berjanji untuk itu, untuk masa depan kalian wahai bidadari dan mutiaraku
Tuhan jangan biarkan mereka bersedih walau ku tahu, aku belum menjadi apa yang mereka inginkan
Tuhan aku bersujud syukur karana engkau telah mengirimkan mereka yang tulus menyayangi aku
Menerima semua kekurangan dan kelebihan yang ku miliki
Mereka selalu ada menemai hidupku saat suka maupun duka..
Aku tak dapat berbicara apapun untuk kalian, karna kalian sungguh sempurna untuku
Aku berjanji, selagi nafasku berhembus aku akan selalu ada menjaga dan membuat kalian bahagia
Mungkin takan pernah ketemui lagi yang seperti kalian
Takan pernah, takan pernah, takan pernah dan takan pernah ada
Sulit kubayangkan bila kalian hilang dari hidupku
Terumbang ambing, bahkan ta kuasa daya fikir ini menahan gejolak kesedihan
Karna kalian anugerah yang tuhan kirimkan untuku, untuk hidupku
Puji syukur kepada tuhan yang kurasa
Kini aku mengerti betapa besar kesetiaan, kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan
Hingga semua menjadi kunci hidupku untuk bangkit dari masa lalu menanti masa depan
Sekali lagi ku ucapkan kepada tuhanku
Tetima Kasih Ya Allah..

Posted by Nabil Fikri July 12, 2019


Assalamualaikum

Ada siapa kenal Man Kidal ? Mesti ada yang kenalkan , Man Kidal adalah pemain gitar profesional yang bermain gitar dengan tangan kiri . Tak ramai yang boleh main gitar dengan tangan kiri .Sebagai peminat admin memang sangat bangga kerana Malaysia penuh dengan bakat yang ganjil dan admin memang meminatinya.
Di bawah ada sedikit info tentang Man Kidal .

Man Kidal atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mahmood dilahirkan pada 1963 di Johor Darul Takzim. Gelaran "kidal" diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik ini sejak tahun 1979 lagi ketika itu beliau menganggotai kumpulan "The Lefthanded" dan telah ditukarkan nama kepada Kumpulan Lefthanded.

Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama di dalam kumpulan ini. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak - Mohd. Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.

ANTARA ALBUM MAN KIDAL IALAH:


Man Kidal juga banyak buat Konsert , antaranya :

  • Festival RentakAsia, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (2000)
  • Konsert Live Istana Budaya Ramli Sarip
  • Konsert Tanpa Nash - April 24th, 2009
  • Konsert Tanpa Vokalis - April 21st, 2009
  • Konsert Jamal, Saleem Tiada Tandingan - April 23rd, 2008
  • Konsert Amal Kasih Cetuskan Pelbagai Perasaan - April 14th, 2008
  • Lefthanded Di Hard Rock - March 22nd, 2008
  • Koncert PWTC - August 21st, 2007
 Admin teringin nak sehebat dia suatu hari nanti , tu pun kalau hebat.,.hahaha
okeyyy, sini saja yang ada , sejujurnya Man Kidal adalah pemain gitar terhebat dekad ini bagi admin.

Sunday, July 7, 2019

Posted by Nabil Fikri July 07, 2019

Daerah di Perak terbahagi kepada dua belas buah daerah kesemuanya. Negeri Perak Darul Ridzuan adalah merupakan sebuah negeri yang kedua paling besar di Semenanjung Malaysia selepas negeri Pahang Darul Makmur.

Negeri Perak juga terletak bersempadanan dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Kedah, Negeri Pulau Pinang, Negeri Kelantan, Negeri Pahang dan Negeri Selangor. Negeri Perak juga punyai sempadan antarabangsa dengan negara Thailand iaitu bersebelahan dengan Wilayah Yala.
Sejarah Kesultanan di negeri Perak bermula dalam tahun 1528 dengan kemahkotaan Sultan Mudzaffar Shah I, keturunan dan juga merupakan putera kedua buat Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka. Oleh yang demikian, kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melayu Melaka.

Daerah Di Perak

Seperti yang diceritakan di pendahuluan penceritaan artikel ini, terdapat sebanyak dua belas buah daerah di Perak Darul Ridzuan yang mana semuanya punyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri dan ia cukup menarik untuk diketahui.


  1. Batang Padang
  2. Manjung
  3. Kinta
  4. Kerian
  5. Kuala Kangsar
  6. Larut dan Matang
  7. Hilir Perak
  8. Hulu Perak
  9. Perak Tengah
  10. Kampar
  11. Muallim
  12. Bagan Datuk

Daerah di Batang Padang, Perak



Daerah Batang Padang adalah merupakan antara salah satu daerah yang ada di dalam Negeri Perak. Batang Padang meliputi kawasan Tapah, Kampar, Bidor, Mambang Diawan dan sebagainya. Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di dalam kawasan bandar Tapah. Tapah pula terbahagi kepada Pekan Tapah dan Tapah Road.
Mukim:
  • Batang Padang
  • Bidor
  • Chenderiang
  • Slim
  • Sungkai
  • Ulu Bernam Timor & Barat

Daerah di Manjung, Perak


Daerah Manjung adalah antara destinasi utama buat para pelancong yang datang melancong ke Negeri Perak. Lokasi tumpuan buat para pelancong dari dalam dan luar negeri ke daerah ini adalah di Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Sektor pelancongan adalah penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.
Mukim:
  • Beruas
  • Lekir
  • Lumut
  • Pengkalan Baharu
  • Sitiawan

Daerah di Kinta, Perak


Kinta juga adalah merupakan salah satu daerah yang ada di negeri Perak dan ia adalah merupakan kawasan yang paling padat di negeri Perak. Majoriti penduduk di dalam daerah Kinta adalah menetap di bahagian utara iaitu di sektiar kawasan Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
Mukim:
  • Kampar
  • Sungai Raia
  • Sungai Terap
  • Tanjong Tualang
  • Teja
  • Ulu Kinta

Daerah di Kerian, Perak


Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak Darul Ridzuan dan daerah ini terletak bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang serta negeri Kedah Darul Aman. Anda boleh rujuk artikel Sejarah Dan Asal Usul Daerah Kerian untuk lebih banyak maklumat tentang daerah Kerian.
Mukim:
  • Bagan Serai
  • Bagan Tiang
  • Beriah
  • Gunong Semanggol
  • Kuala Kurau
  • Parit Buntar
  • Selinsing
  • Tanjong Piandang

Daerah di Kuala Kangsar, Perak


Daerah Kuala Kangsar adalah merupakan sebuah Bandar Diraja dan ia juga adalah merupakan salah satu bandar bersejarah buat negeri Perak. Kuala Kangsar juga antara kawasan tumpuan buat para pelancong kerana disana terdapat pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Kuala Kangsar mendapat namanya bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Rujuk artikel Sejarah Kuala Kangsar, Perak untuk penceritaan lebih lanjut.
Mukim:
  • Chegar Galah
  • Kampung Buaya
  • Kota Lama Kanan
  • Kota Lama Kiri
  • Lubok Merbau
  • Pulau Kamiri
  • Saiong
  • Senggang
  • Sungai Siput

Daerah di Larut, Matang dan Selama, Perak


Larut, Matang dan Selama merupakan daerah di Perak yang terletak di bahagian utara. Daerah ini terletak bersempadan dengan daerah Kerian, Kuala Kangsar, Manjung dan Hulu Perak. Pusat pentadbiran daerah ini teletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia.
Mukim:
  • Asam Kumbang
  • Batu Kurau
  • Bukit Gantang
  • Ulu Ijok
  • Jebong
  • Kamunting
  • Pengkalan Aor
  • Selama
  • Simpang
  • Sungai Limau
  • Sungai Tinggi
  • Terong
  • Tupai
  • Ulu Selama

Daerah di Hilir Perak, Perak


Daerah Hilir Perak terletak di bahagian selatan Negeri Perak dan bersempadanan dengan Bagan Datuk. Ia juga bersempadan dengan daerah-daerah lain seperti Batang Padang, Perak Tengah dan Manjung. Kerajaan tempatan yang mentadbir di kawasan daerah ini ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Mukim:
  • Bagan Datoh
  • Changkat Jong
  • Durian Sebatang
  • Hutan Melintang
  • Labu Kubong
  • Rungkup
  • Sungai Durian
  • Sungai Manik
  • Telok Baharu

Daerah di Hulu Perak, Perak


Hulu Perak merupakan daerah yang terletak di timur laut negeri Perak dan bersebelahan dengan negeri Kelantan serta negeri Kedah. Di selatan daerah ini ialah daerah Kuala Kangsar dan ia juga turut bersempadan dengan negara Thailand. Daerah ini merupakan salah satu pintu masuk diantara Malaysia dan Thailand.
Mukim:
  • Belukar Semang
  • Belum
  • Durian Pipit
  • Grik
  • Kenering
  • Kerunai
  • Pengkalan Hulu
  • Lenggong
  • Temelong
  • Temengor

Daerah di Perak Tengah, Perak


Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan yang mana Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979.
Mukim:
  • Bandar
  • Belanja
  • Bota
  • Jaya Baharu
  • Kampong Gajah
  • Kota Setia
  • Lambor Kanan
  • Lambor Kiri
  • Layang-Layang
  • Pasir Panjang Ulu
  • Pasir Salak
  • Pulau Tiga

Daerah di Kampar, Perak


Daerah Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke 10 buat Negeri Perak pada tarikh 21 Mei 2009 oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 34). Nama Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarawan Malaysia bahawa nama pekan ini diambil sempena nama Kampar, Indonesia. Wujudnya kaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.
Mukim:
  • Mukim Kampar
  • Mukim Teja
  • Gopeng
  • Bandar Kampar
  • Pekan Kota Baharu
  • Pekan Malim Nawar

Daerah di Muallim, Perak


Daerah Muallim ialah daerah yang ke sebelah di negeri Perak. Daerah ini telah diisytiharkan oleh Sultan Nazrin Muizzudin Shah (Sultan Perak ke 35) pada tarikh 11 Januari 2016 di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim. Daerah ini sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang.
Mukim:
  • Slim
  • Hulu Bernam Timur
  • Hulu Bernam Barat

Daerah di Bagan Datuk, Perak


Daerah Bagan Datuk asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpusat di Teluk Intan. Dalam bulan Januari 2016, daerah kecil Bagan Datuk telah diwujudkan dan daerah kecil ini kemudiannya diwartakan oleh kerajaan negeri Perak sebagai sebuah daerah penuh pada 15 Julai 2016. Dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 22 November 2016, telah diputuskan daerah ini dieja sebagai Bagan Datuk, bermula pada hari pengisytiharan daerah ini pada 9 Januari 2017.
Mukim:
  • Bagan Datoh
  • Rungkup
  • Hutan Melintang
  • Teluk Bharu
Anda pula berasal dari daerah di Perak mana satu? Kongsikan di bahagian komen untuk kita bual bicara, berkenalan dengan santai bersama-sama dengan pembaca yang lain. Kongsikan juga apa yang menarik ada di dalam daerah anda!
Posted by Nabil Fikri July 07, 2019

PENGAMBARAN LAKONAN INI TELAH DIJALANKAN DI TAMAN BANDAR INDERA MAHKOTA KUANTAN BAGI TUGASAN HUBUNGAN ETNIK 

Saturday, July 6, 2019

Posted by Nabil Fikri July 06, 2019

27 Kesihatan dan Pemakanan Tips Itu Adakah Sebenarnya Berasaskan Bukti.

Terdapat banyak kekeliruan apabila berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan. Orang ramai dan, golongan professional yang berkelayakan, seolah-olah mempunyai pendapat yang  bertentangan .Walau bagaimanapun, perbezaan pendapat, terdapat beberapa perkara yang disokong dengan baik oleh penyelidikan.
Berikut adalah 27 tips kesihatan dan pemakanan yang sebenarnya berdasarkan sains yang baik.
  1. Jangan Minum Gula Kalori
Minuman manis adalah perkara yang paling menggemukkan yang memasuki ke dalam tubuh anda. Ini kerana cecair kalori gula tidak dapat dicatat oleh otak dengan cara yang sama seperti kalori daripada makanan pepejal. Atas sebab ini, apabila anda minum soda, akhirnya anda makan lebih banyak jumlah kalori. Minuman manis adalah amat berkaitan dengan obesiti, diabetes jenis 2, penyakit jantung dan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan . Perlu diingat bahawa jus buah-buahan adalah hampir sama buruk seperti soda dalam hal ini. Mereka mengandungi sama banyak gula, dan sejumlah kecil antioksidan tidak dinafikan kesan-kesan bahayanya gula .
  1. Makan Kacang
Walaupun tinggi lemak, kacang adalah sangat berkhasiat dan sihat. Mereka penuh dengan magnesium, vitamin E, serat dan pelbagai nutrien lain . Kajian menunjukkan bahawa kacang boleh membantu anda menurunkan berat badan, dan boleh membantu melawan 2 jenis diabetes dan penyakit jantung . Selain itu, kira-kira 10-15% daripada kalori dalam kacang tidak diserap ke dalam badan, dan beberapa bukti menunjukkan bahawa mereka boleh meningkatkan metabolisme . Dalam satu kajian, badam telah terbukti dapat meningkatkan penurunan berat badan sebanyak 62% berbanding dengan karbohidrat kompleks .
  1. Elakkan Makanan Ringan yang Diproses (Sebaliknya Makan Makanan Asli )
Semua makanan ringan yang diproses dalam diet adalah penyebab utama dunia ini menjadi gemuk dan bertambah sakit berbanding sebelum ini. Makanan ini perlu direkabentuk untuk menjadi “hyper-ganjaran,” supaya mereka dapat memperdayakan otak kita ke dalam makanan lebih daripada yang kita perlukan, walaupun akan menyebabkan ketagihan pada sesetengah orang. Mereka juga rendah kandungan serat, protein dan mikronutrien (kalori kosong), tetapi tinggi dengan bahan-bahan yang tidak sihat seperti gula tambahan dan bijirin.
  1. Jangan Takut kepada Kopi
Kopi tidak adil disifatkan sebagai tidak bagus. Kenyataannya adalah bahawa ia sebenarnya sangat sihat. Kopi adalah tinggi dalam antioksidan, dan kajian menunjukkan bahawa peminum kopi dapat hidup lebih lama, dan mempunyai penurunan risiko 2 jenis diabetes, penyakit Parkinson, Alzheimer dan pelbagai penyakit lain .
  1. Makan Lemak Ikan.
    Hampir semua orang bersetuju bahawa ikan adalah makanan sihat. Ini adalah benar terutamanya ikan yang berlemak seperti salmon, yang penuh dengan omega-3 asid lemak dan pelbagai nutrien lain . Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan ikan yang paling mempunyai risiko yang lebih rendah daripada pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung, nyanyuk dan kemurungan ).
  1. Dapatkan tidur yang secukupnya.
Kepentingan mendapatkan tidur yang berkualiti tidak boleh dipandang rendah. Ia mungkin sama pentingnya dengan diet dan senaman. Kekurangan tidur boleh mendorong penentangan insulin, membuang hormon selera dan mengurangkan prestasi fizikal dan mental anda . Apatah lagi, ia adalah salah satu faktor risiko kuat terhadap individu untuk berat badan pada masa akan datang dan obesiti. Satu kajian menunjukkan bahawa tidur yang singkat dikaitkan dengan 89% peningkatan risiko obesiti pada kanak-kanak, dan 55% di kalangan orang dewasa .
  1. Jaga Kesihatan Usus Anda Dengan Probiotik dan Fiber
    Bakteria dalam usus anda, secara kolektif dikenali sebagai microbiota usus, kadang-kadang dirujuk sebagai “organ dilupakan.”  Usus adalah sangat penting untuk pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesihatan. Gangguan bakteria usus dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik yang paling serius di dunia, termasuk obesiti . Cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan usus, adalah untuk makan makanan probiotik (seperti yogurt hidup dan sauerkraut), ambil makanan tambahan probiotik, dan makan banyak serat. Fungsi serat sebagai bahan api untuk bakteria usus.
  1. Minum air, Terutama Sebelum Makanan
    Minum air yang mencukupi mempunyai banyak manfaat. Salah satu faktor penting, ia boleh membantu meningkatkan jumlah kalori yang anda bakar. Menurut dua kajian, ia boleh meningkatkan metabolisme oleh 24-30% dalam tempoh 1-1,5 jam. Ini bermakna 96 kalori tambahan dibakar jika anda minum 2 liter (67 oz) air setiap hari). Masa yang paling sesuai untuk minum air setengah jam sebelum makan. Satu kajian menunjukkan bahawa setengah liter air, 30 minit sebelum setiap waktu makan peningkatan berat badan sebanyak 44%.
  1. Jangan terlampau masak atau terlalu lama bakar daging anda
    Daging boleh menjadi sebahagian makanan yang sangat berkhasiat untuk diet. Ia adalah sangat tinggi protein, dan mengandungi pelbagai nutrien penting. Masalah berlaku apabila daging terlalu matang dan terlebih bakar. Ini boleh membawa kepada pembentukan sebatian berbahaya yang meningkatkan risiko kanser . Oleh itu, pastikan anda makan daging, yang tidak terlampau masak atau terlalu lama membakar daging.
  1. Elakkan Cahaya Terang Sebelum Tidur
    Apabila kita terdedah kepada cahaya yang terang pada waktu malam, ini mengganggu pengeluaran hormon melatonin tidur. Yang menarik “hack” adalah dengan menggunakan sepasang cermin mata amber-gelap yang menghalang cahaya biru daripada memasuki mata anda pada waktu petang. Ini membolehkan melatonin yang akan dihasilkan seolah-olah ia benar-benar gelap, membantu anda tidur lebih baik .
  1. Ambil Vitamin D3 jika Anda Tidak Dapat Matahari yang secukupnyaPada zaman dahulu, kebanyakan mereka mendapat vitamin D dari matahari. Masalahnya ialah kini, bahawa kebanyakan orang tidak mendapat cahaya matahari. Mereka seakan-akan hidup tanpa matahari, atau kebanyakan mereka tinggal di dalam atau menggunakan pelindung matahari apabila mereka keluar. Menurut data dari 2005-2006, kira-kira 41.6% daripada penduduk Amerika Syarikat yang kekurangan vitamin ini adalah kritikal . Jika pendedahan matahari yang mencukupi bukan satu pilihan untuk anda, kemudian menambah dengan vitamin D telah terbukti mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ini termasuk kesihatan yang lebih baik tulang, kekuatan meningkat, mengurangkan gejala kemurungan dan risiko yang lebih rendah daripada kanser. Vitamin D juga boleh membantu anda hidup lebih lama
  1. Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan
    Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan kesihatan “default“, dan untuk sebab yang baik. Ianya penuh dengan serat prebiotik, vitamin, mineral dan pelbagai antioksidan, ada yang mempunyai kesan biologi yang kuat. Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan sayur-sayuran dan buah-buahan kebanyakan hidup lebih lama, dan mempunyai risiko yang lebih rendah daripada penyakit jantung, 2 jenis diabetes, obesiti dan pelbagai penyakit .
  1. Pastikan Memakan Protein Yang SecukupnyaMakan protein yang mencukupi adalah amat penting, dan ramai pakar percaya bahawa pengambilan harian yang dicadangkan adalah terlalu rendah. Protein adalah penting untuk menurunkan berat badan, dan bekerja melalui beberapa mekanisme yang berbeza. Pengambilan protein yang tinggi boleh meningkatkan metabolisme ketara, membuatkan anda berasa kenyang secara automatik. Ia juga boleh mengurangkan rasa te ingin dan mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam. Makan banyak protein juga boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan tahap tekanan darah .
  1. Buat Beberapa Cardio, atau Lebihkan BerjalanMelakukan senaman aerobik (atau kardio) adalah salah satu perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk kesihatan mental dan fizikal. Ia amat berkesan untuk mengurangkan lemak perut, jenis lemak yang berbahaya yang terkumpul di sekitar organ-organ anda. Ia dapat mengurangkan lemak perut anda dan seharusnya membawa kepada perubahan besar dalam kesihatan metabolik. 

  1. Jangan merokok atau menghisap dadah, dan mengambil minuman alkoholJika anda seorang perokok tembakau atau penyalahgunaan dadah , maka diet dan senaman berada dalam keadaan yang membimbangan. Selesaikan masalah-masalah terlebih dahulu. Jika anda memilih untuk meminum alkohol dalam hidup anda, maka minumlah secara sederhana sahaja, dan perlu mempertimbangkan dan mengelakkan sepenuhnya jika anda mempunyai kecenderungan beralkohol.
  1. Gunakan Minyak Zaitun DaraMinyak zaitun dara adalah lemak yang sihat dibumi ini. Ia sarat dengan lemak tidak tepu untuk kesihatan jantung dan kaya dengan antioksidan yang boleh melawan keradangan Minyak zaitun dara membawa kepada banyak kesan yang baik terhadap kesihatan jantung, dan mereka yang mengambil minyak zaitun mempunyai risiko lebih rendah daripada mati akibat serangan jantung dan strok .
  1. Kurangkan pengambilan Gula Tambahan
    Gula tambahan adalah bahan yang paling teruk di dalam diet moden. Jumlah yang kecil adalah baik, tetapi apabil memakan dalam jumlah yang besar, ia boleh mendatangkan malapetaka pada kesihatan metabolik . Pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan pelbagai penyakit, termasuk obesiti, 2 jenis diabetes, penyakit jantung dan pelbagai bentuk kanser .
  1. Jangan Makan Karbohidrat yang BertapisTidak semua karbohidrat adalah sama. Karbohidra bertapis yang telah diproses, dan mempunyai semua gentian yang terpisah dari ia. Ia rendah nutrien (kalori kosong), dan boleh menjadi sangat berbahaya. Kajian menunjukkan bahawa karbohidrat yang ditapis dikaitkan dengan makan berlebihan dan pelbagai penyakit metabolik .
  1. Jangan Takut kepada Lemak Tepu
    “Perang” pada lemak tepu adalah satu kesilapan. Ia adalah benar bahawa lemak tepu dapat meningkatkan kolesterol, tetapi ia juga menimbulkan rasa (“baik”) untuk kolesterol HDL dan perubahan LDL dari kecil ke besar, yang dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah daripada penyakit jantung . Kajian terbaru iaitu termasuk beratus-ratus ribu orang telah menunjukkan bahawa tidak ada hubungan antara pengambilan lemak tepu dan penyakit jantung .
  1. Mengangkat barang beratAngkat berat adalah salah satu perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk menguatkan badan dan meningkatkan komposisi badan anda. Ia juga membawa kepada peningkatan yang besar dalam kesihatan metabolik, termasuk sensitiviti ia dapat meningkat insulin .Pendekatan terbaik adalah untuk pergi ke gimnasium dan angkat berat, tetapi melakukan apa-apa jenis senaman berat badan mempunyai kesan yang sama sahaja.
  1. Elakkan Transasi Lemak tiruanLemak transasi tiruan berbahaya, iaitu lemak buatan manusia yang dikaitkan dengan keradangan dan penyakit jantung . Ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan penyakit seperti wabak.
  1. Penggunaan Banyak Herba dan Rempah
    Terdapat banyak herba yan sihat dan rempah di luar sana. Sebagai contoh, halia dan kunyit kedua-duanya mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat, yang membawa kepada pelbagai faedah kesihatan . Anda perlu berusaha untuk mengunakan seberapa banyak herba yang berbeza dan rempah yang ada. Kebanyakan herba dan rempah mempunyai kesan yang baik ke atas kesihatan anda.
  1. Jaga Hubungan anda
    Hubungan sosial adalah sangat penting. Bukan sahaja untuk kesejahteraan mental anda, tetapi kesihatan fizikal juga. Kajian menunjukkan bahawa sesetengah orang yang rapat dengan rakan-rakan dan keluarga adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidak )
  1. Kesan Pengambilan Makanan Anda Dahulu dan Sekarang
Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang anda makan, adalah mengambil tahu tentang berat makanan anda dan menggunakan pengesan pemakanan seperti MyFitnessPal atau Cron-o-meter. Ini adalah penting untuk mengetahui berapa banyak kalori yang anda ambil. Ia juga penting untuk memastikan bahawa anda mendapat protein yang mencukupi, serat dan mikronutrien.  Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengikuti pengambilan makanan mereka dalam satu cara atau cara yang lain cenderung untuk lebih berjaya di dalam mengurangkan berat badan dan berpegang teguh kepada diet yang sihat . Pada asasnya, apa sahaja yang meningkatkan kesedaran iaitu apa yang anda makan mungkin membantu anda untuk berjaya. Secara peribadi, saya mengikuti semua yang saya makan selama beberapa hari berturut-turut, setiap bulan. Kemudian saya tahu di mana untuk membuat penyesuaian ataupun kesimpulan untuk mencapai matlamat saya.
  1. Jika Anda Mempunyai Lebihan Lemak di Badan, hilangkan iaTidak semua lemak badan adalah sama. Hal ini sebahagian besar lemak dalam abdomen anda, lemak perut, yang menyebabkan masalah ini. Lemak ini terbina mengelilingi organ-organ, dan boleh dikaitkan dengan penyakit metabolik. Atas sebab ini, saiz pinggang anda mungkin lebih kuat untuk kesihatan anda daripada bilangan pada skala. Karbohidrat, makan lebih protein, dan makan banyak serat adalah cara-cara yang sangat baik untuk menghilangkan lemak perut . Artikel ini menyenaraikan 6 cara berasaskan bukti untuk menghilangan lemak perut.
  1. Jangan berdiet                                                                                                                               Diet yang terkenal adalah tidak berkesan, dan jarang bekerja dengan baik dalam jangka masa panjang. Malah, “diet” adalah salah satu ramalan yang kuat untuk berat badan masa hadapan. Daripada berdiet, cuba amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Memberi tumpuan kepada penyuburan badan anda, dan bukannya menafikan ia. Penurunan berat badan harusnya mempunyai kesan sampingan secara semula jadi iaitu pilihan makanan yang lebih baik dan kesihatan metabolik yang lebih baik.
27.Makan Telur, dan jangan buang Kuning Telur
Telur sangat berkhasiat kerana ia sering dirujuk sebagai “multivitamin alam semula jadi.” Ia adalah satu mitos bahawa telur tidak baik untuk anda kerana kolesterol. Kajian menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai kesan terhadap kolesterol darah dalam kebanyakan orang . Selain itu, kajian secara besar – besaran berjumlah 263.938 individu mendapati bahawa penggunaan telur tiada kaitan dengan risiko penyakit jantung . Apa yang kita seringkali tinggalkan merupakan salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia ini, dan dimana kuning telur adalah di mana hampir semua nutrien dijumpai. Memberitahu orang ramai supaya membuang kuning telur adalah antara nasihat yang paling teruk dalam sejarah pemakanan

Popular Posts

Blogroll

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan Salam Sejahtera, Saya, Nama: Mohd Nabil Fikri BIn Ahmad No. Matrik : 266935

BIODATA

My photo
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan Salam Sejahtera, Saya, Nama: Mohd Nabil Fikri BIn Ahmad No. Matrik : 266935

About

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Dan Salam Sejahtera, blog ini berfungsi juga sebagai medium untuk berkongsi pengalaman hidup, pembelajaran, berkongsi minat dan hobi(rasanya hobi tak kot), kegemaran dan lain-lain apa yang anda rasa bahagia. Jika terdapat isu persamaan, terguris perasaan, dan lain-lain yang membuat hati terusik saya memohon maaf terlebih dahulu. Apa yang dikongsi dan apa yang anda baca diblog ini jika ada salah dan anda dipersalahkan saya tidak bertanggungjawab. Terima Kasih

Followers

Search